活动公告‎ > ‎

SPSK

posted Oct 5, 2013, 5:43 PM by sjkcsamyoke sjkcsamyoke   [ updated Oct 6, 2013, 10:13 PM ]

OBJEKTIF KUALITI SPSK

1. Melaksanakan 100% pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan kecuali berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan sekolah.

2. Memastikan pencapaian murid SJK(C) Sam Yoke mencapai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) atau Gred Purata Sekolah (GPS) meningkat 0.01 atau 70% lulus keseluruhan dalam setiap mata pelajaran bagi peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan peperiksaan awam.

3. Memastikan 100% murid SJK (C) Sam Yoke mendapat perkhidmatan Bimbingan dalam Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan Kerjaya, melainkan berlaku
perkara-perkara yang di luar kawalan pihak sekolah.

4. Melaksanakan setiap prosedur kerja proses masing-masing bagi merealisasikan objektif organisasi.







DASAR KUALITI SPSK 

SJK(C) Sam Yoke bertekad untuk memastikan sistem pengurusan perkhidmatan pendidikan dilaksanakan secara professional, efisien dan berkualiti bagi memenuhi kehendak dan kepuasan hati pelanggan.  Proses ini melibatkan kerja sepasukan, kajian semula pengurusan dan proses penambahbaikan yang dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan.


Comments